"Realizing Innovation for a Better Future"
Senarai Pemenang CHIPTA 2023
-
Kategori Pelajar Sekolah Menengah
1. Saykee team
Projek: Saykee bot
2. Next Level
Projek: EHelp
3. The Adamant Team of KSVA
Projek: Carian dan pendaftaran kemasukan ke kolej dan universiti>
4. Quatro Connection
Projek: Aplikasi Pembelajaran Digital
-
Kategori Pelajar IPT
1. SatuFeature
Projek: MyUndang
2. Perahu Kertas
Projek: MyKebun
3. IntelliHire
Projek: IntelliHire
4. Putra Puff Girls
Projek: WeCan
5. TAWN
Projek: Terapi
6. Qibu and Friends
Projek: Smart Waste Bin Application / Tong Sampah Pintar
7. Lat Ta Li Lat
Projek: Farmily
-
Kategori Sektor Awam
1. BrainStormer
Projek: Rizq4u
2. TYROS
Projek: World Alert
3. NexScholar
Projek: NexScholar
4. Team HTAR
Projek: eSihat Dashboard
5. AA
Projek: Aplikasi MyKitarSemula
6. TERAJU
Projek: MyCompetency
7. FA's IDEA
Projek: i-PPS
CHIPTA
CHIPTA adalah singkatan daripada CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement. Program CHIPTA ini menyediakan platform kepada masyarakat bagi mereka cipta pelbagai penyelesaian yang berinovasi dan kreatif dengan menggunakan teknologi terkini berasaskan pembangunan aplikasi mudah alih dan pemanfaatan data terbuka.
Objektif pelaksanaan CHIPTA adalah merangkumi:
Menyediakan platform untuk pembangunan produk/aplikasi yang inovatif, kreatif dan berkualiti
Membina keupayaan dan budaya mencipta dalam kalangan rakyat
Menggalakkan kerjasama melalui pendekatan Quadruple Helix (Kerajaan, Industri, Ahli Akademik dan Rakyat)
Menggalakkan inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam
Kes Bisnes
Untuk menyertai pertandingan setiap peserta perlu membangunkan inovasi sebagai penyelesaian kepada pernyataan masalah yang diberikan mengikut kes bisnes berikut. Setiap kes bisnes adalah berasaskan pada 4 teras strategik Malaysia MADANI.
Teras strategik 1: Membina semula ekonomi
Memfokuskan kepada pendekatan human economy menerusi penstrukturan semula ekonomi berasaskan etika dan kemampanan
- Pengukuhan ekosistem pemasaran produk tempatan
- Peningkatan kompetensi individu untuk menambah baik taraf hidup
- Pengurusan sumber yang efisien (elektrik, air dan lain-lain)
Teras strategik 2: Menjamin kesejahteraan insan
Memfokuskan kepada prinsip adil dan ihsan. Institusi kemasyarakatan diperkasa untuk menjaga martabat dan maruah keinsanan, normal sosial, hormat-menghormati dan solidariti
- Peningkatan pengurusan kesihatan untuk menjamin kesejahteraan insan
- Pemerkasaan dan peningkatan pengurusan pendidikan negara untuk kesejahteraan insan
- Pemantapan ekosistem industri halal
Teras strategik 3: Reformasi institusi demokrasi dan perundangan
Memfokuskan ke arah mengoptimumkan fungsi dan tanggungjawabnya bagi melaksanakan dasar-dasar negara
- Pengukuhan tadbir urus berpaksikan rakyat dalam proses pembuatan keputusan
- Peningkatan proses perundangan melalui pendigitalan secara end-to-end
- Pemantapan pengurusan keselamatan negara
Teras strategik 4: Mewujudkan pentadbiran beramanah
Memfokuskan kepada penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan menerusi islah dan pembaharuan bagi mewujudkan sistem yang adil dan bermanusiawi
- Pemantapan proses penilaian tahap kecekapan yang lebih holistik dan telus
- Penambahbaikan pengurusan sumber manusia yang lebih efisien
- Peningkatan tahap integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan kerajaan
Syarat & Kriteria Penyertaan
Setiap peserta perlu mematuhi syarat dan kriteria pertandingan yang telah ditetapkan. Sebarang penipuan atau perlanggaran etika boleh mengakibatkan penyertaan anda dibatalkan.
Kategori & Syarat Penyertaan
Penyertaan melibatkan empat (4) kategori iaitu:
- Kategori 1 : Sektor Awam
(Terdiri daripada kakitangan penjawat awam sama ada dari agensi yang sama atau gabungan agensi dan daftar di bawah nama agensi)
- Kategori 2 : Orang Awam/Industri
Terdiri daripada mana-mana individu/ pekerja persendirian/ syarikat swasta
- Kategori 3 : Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
Terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi yang masih dalam tempoh pengajian dan daftar di bawah nama institusi pengajian tinggi
- Kategori 4 : Pelajar Sekolah Menengah
Terdiri daripada pelajar sekolah menengah berumur 13-17 yang masih menuntut dan daftar di bawah nama sekolah
Syarat Penghasilan Inovasi
Setiap pasukan perlu memilih hanya 1 Kes Bisnes mengikut kepada teras strategik yang telah ditetapkan bagi tujuan penghasilan Inovasi.
Inovasi hendaklah asli dan tidak terikat dengan mana-mana Harta Intelek (Intellectual Property). Panel penilai berhak menarik balik hadiah sekiranya ciptaan bukan asli.
Setiap inovasi mestilah mematuhi syarat berikut:
- Pembangunan inovasi perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
- Penghasilan Aplikasi Mudah Alih.
- Wajib Menggunakan mana-mana set data terbuka daripada portal Data Terbuka MAMPU. Set data dari sumber lain adalah digalakkan.
Pendaftaran Penyertaan
Pendaftaran penyertaan adalah secara dalam talian melalui portal rasmi CHIPTA di https://chipta.mampu.gov.my bermula pada 12/06/2023 sehingga 23/07/2023. .
Setiap penyertaan wajib mengemukakan tiga dokumen projek seperti berikut:
- Business Model Canvas (BMC) [Muat turun template]
- Cadangan Mobile App Wireframe
- Borang maklumat set data dan perakuan penyertaan [Muat turun borang]
Pemilihan pasukan ke peringkat akhir adalah berdasarkan kepada dokumen cadangan projek yang telah dikemukakan.
Pembangunan inovasi / Pementoran
Hanya pasukan yang telah berjaya disenarai pendek untuk ke Sesi Penilaian Akhir SAHAJA yang akan mara ke peringkat pembangunan inovasi & bengkel pementoran. Keputusan akan diumumkan melalui portal rasmi CHIPTA pada 01/08/2023 dan disusuli dengan emel pemberitahuan kepada ketua pasukan.
Bagi Kategori Sektor Awam, Orang Awam/Industri dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi, pasukan yang berjaya disenarai pendek perlu membangunkan prototaip aplikasi.
Bagi Kategori Pelajar Sekolah Menengah, hanya perlu menyediakan slaid pembentangan dan mockup aplikasi SAHAJA.
Tempoh Pembangunan Inovasi adalah tiga puluh (30) hari bermula pada 01/08/2023 sehingga 31/08/2023. Finalist WAJIB menghadiri Bengkel Pementoran yang akan diadakan mengikut tarikh yang akan diumumkan.
Penyerahan Projek
Hanya pasukan berjaya ke peringkat akhir perlu membuat penyerahan projek. Serahan projek hendaklah dihantar secara dalam talian melalui portal rasmi CHIPTA bermula dari 10/08/2023 sehingga 31/08/2023. Serahan projek yang perlu dihantar merangkumi :
- Slide pembentangan laporan projek dan mockup aplikasi
(format *.pdf/*.ppt/*.pptx/*.zip/*.rar) [Muat turun templat]
- Fail Aplikasi
(format *.apk/*.ipa) (bagi Kategori Sektor Awam, Orang Awam/Industri dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi SAHAJA)
- Templat Set Data
(format *.csv/*.xlsx/*.xls/*.json/*.zip/*.rar)
Sesi Penilaian Akhir
Sesi Penilaian Akhir akan dijalankan pada 07/09/2023.
Pasukan yang terpilih ke Sesi Penilaian Akhir perlu menghadiri Sesi Final Pitching. Kehadiran guru pembimbing bagi Kategori Pelajar Sekolah Menengah adalah DIWAJIBKAN. (Jadual Pembentangan akan dimaklumkan kemudian)
Keputusan penilaian akhir panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Peluang Kolaborasi
Pemenang berpeluang berkolaborasi dengan penganjur menerusi program promosi / seminar yang dilaksanakan oleh Penganjur sebagai langkah yang kukuh dalam usaha memacu penghasilan aplikasi mudah alih yang mampan dan memberi impak peningkatan ekonomi dan kesejahteraan sosial.
Penganjur berhak mencadangkan inovasi yang dihasilkan oleh peserta untuk digunakan oleh mana-mana agensi Kerajaan yang difikirkan wajar.
Rakan Strategik
Mentor
Pasukan yang berjaya mara ke peringkat akhir boleh menghubungi mana-mana mentor seperti yang disenaraikan untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat sepanjang tempoh pembangunan inovasi dan persediaan untuk sesi final pitching
Dr. Poo Kuan Hoong
Lead Data Scientist (BAT) Kepakaran: Data science, machine learning, AIHasmiza binti Zahid
Product Manager Kepakaran: UI/UXTs. Hariadi bin Hinta
Penolong Pengarah (JPA) Kepakaran: Kejuruteraan Sistem, Hackathon winnerDr. Fairoza Amira binti Hamzah
Senior AI Engineer, Corpy & Co. Inc., Japan Kepakaran: Artificial IntelligenceMuhammad Adrian Wong
Senior Business Development Manager (Thunder Software Technology (M) Sdn. Bhd.) Kepakaran: Software, Hardware Integration, Machine Learning, WebApp, Mobile AppsMuhammad Syafiruddin bin Mustafa
Pengarah Pengurusan (Hexa Partners & Technologies) Kepakaran: UI/UXMohammad Farizshah bin Ismail Kamil
Pensyarah Kepakaran: Mobile AppsAlvin Teoh Yee Chong
Manager (MDEC) Kepakaran: Cybersecurity, data analitikDaren Tan
CEO (ALPHV Technologies Sdn Bhd) Kepakaran: Mobile App, Pitch Deck, Hackathon winnerFazreen Ferdianshah bin Mohd Fauzi
Chief Executive Officer (Elyzian Interactive PLT) Kepakaran: UI/UX, Mobile AppTs. Sabri bin Ahmad Hisham
Pengurus Teknologi Maklumat (UMP) Kepakaran: Blockchain, AI, Hackathon winnerSUBJECT MATTER EXPERT (SME)
ADRIAN LEONG TIAM LEE
MAMPUTS. DR. FAIZURA HANEEM BINTI MOHAMED ALI
MAMPUMUHAMMAD HADRI BIN BASRI
MAMPUTS. NUR SHARMINI ALEXANDER
MAMPULIM KIEN PING
MOSTIMD. NAZRULNIZAM MD. ANUAR
MIGHTDR. AZAH ANIR NORMAN
UNIVERSITI MALAYADR. LAM MENG CHUN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIATS. HASLINDA RASIP
DROPEEHARISFAZILLAH JAMEL
SONGKETMAIL SDN. BHD.WAN AMISHAH BINTI WAN MAHMUD
KOPERASI PROFESION TEKNOLOGI BERHADNUR AIDA AYUNI MOHAMAD TAIB
KPJ HEALTHJURI CHIPTA 2023
HANISSUL JALIS BINTI MD YUSOF
MAMPUDR. FAIZAL BIN HJ. ZAINUDIN
MAMPUNIK ZALBIHA BINTI NIK MAT
MAMPUTS. DR. MOHAMED HAIRUL BIN OTHMAN
MAMPUTS. SYAHRIMI BINTI HASBULLAH
INTANASSOC. PROF. DR. FATIMAH SIDI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIASHAHRIZAN ABD LATIF
PITCHINADELINE CHEE MEI LAN
MDECEMI SAZLINA BINTI SUHOT
SKMMSURAZI BIN MOHD JAIS
FOTIA SOLUTIONS SDN. BHD.MOHD FAZLI AZRAN BIN ABD MALEK
OWASP MALAYSIAHadiah
CHIPTA menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM66,000 untuk pemenang tempat ketiga hingga Juara mengikut kategori penyertaan
Kategori Sektor Awam/ Orang Awam & Industri / Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
KETIGA
RM4,000berserta sijil
JUARA
RM10,000berserta sijil
KEDUA
RM6,000berserta sijil
Kategori Pelajar Sekolah Menengah
KETIGA
RM1,000berserta sijil
JUARA
RM3,000berserta sijil
KEDUA
RM2,000berserta sijil
Arkib CHIPTA
Layari sorotan gambar-gambar daripada program CHIPTA yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun lalu
- Semua
- Hasil Inovasi
- Pemenang
- Program
Soalan Lazim
Bilakah penyertaan akan dibuka?
Pendaftaran penyertaan akan dibuka pada 12 Jun 2023. Ikuti portal rasmi CHIPTA untuk sebarang info terkini.
Siapakah yang boleh menyertai CHIPTA?
Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia secara berkumpulan di mana setiap penglibatan ahli kumpulan SEKURANG-KURANGNYA dua (2) orang dan MAKSIMA empat (4) orang sahaja. Setiap peserta hanya boleh menyertai satu (1) kumpulan sahaja dan setiap kumpulan hanya boleh mewakili satu (1) kategori sahaja.
Penyertaan melibatkan empat (4) kategori iaitu:
- Kategori 1 : Sektor Awam
- Kategori 2 : Orang Awam/Industri
- Kategori 3 : Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
- Kategori 4 : Pelajar Sekolah Menengah
Adakah terdapat sebarang yuran penyertaan?
TIADA. Penyertaan adalah secara percuma.
Adakah saya perlu membangunkan inovasi bermula tarikh pendaftaran?
TIDAK. Pembangunan inovasi hanya akan bermula pada tarikh pengumuman finalist CHIPTA dan hanya pasukan yang berjaya disenarai pendek yang perlu memulakan pembangunan inovasi dan bertanding ke peringkat seterusnya.
Adakah peserta perlu berada di lokasi program?
Program CHIPTA dilaksanakan mengikut peringkat kelayakan. Sekiranya pasukan anda terpilih sebagai finalist, anda boleh mula membangunkan inovasi di mana-mana sahaja dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Apakah kaedah penilaian?
Penilaian akan dilaksanakan secara dua peringkat:
- Penilaian awal: Berdasarkan kepada dokumen cadangan projek yang dihantar sewaktu pendaftaran.
- Penilaian akhir: Sekiranya pasukan anda terpilih sebagai finalist pasukan anda perlu melalui sesi Final Pitching pada tarikh yang akan dimaklumkan
Bagaimana saya dapat ketahui sama ada pasukan saya terpilih sebagai finalist atau tidak?
Pemakluman keputusan finalist akan dihebahkan melalui portal rasmi CHIPTA dan juga pasukan akan dihubungi melalui e-mel.
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui butiran seperti berikut:
Alamat
Bahagian Pembangunan Aplikasi/ Bahagian Kerajaan Digital,
Jabatan Digital Negara (JDN)
Blok B, Bangunan MKN-Embassy Techzone
No 3200 Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Selangor
E-mel
chipta@mampu.gov.my
Telefon
+603-8892 7494 | +603-8872 5169 | +603-8872 6251