tarak weh CHIPTA MAMPU

Anda PEN-CHIPTA?

PEN•CHIP•TA
/pencipta/

kata nama
Orang (hacker/ geek/ technologist/ pengaturcara/ pakar IT/ inovator) yang menciptakan sesuatu

Jom sertai cabaran Hackathon CHIPTA 2023 dan berpeluang memenangi hadiah lumayan. Pendaftaran dibuka pada 12 Jun 2023. Ayuh! Arena CHIPTA menanti anda!

Info lanjut
CHIPTA 2023

"Realizing Innovation for a Better Future"

Senarai Pemenang CHIPTA 2023

CHIPTA

CHIPTA adalah singkatan daripada CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement. Program CHIPTA ini menyediakan platform kepada masyarakat bagi mereka cipta pelbagai penyelesaian yang berinovasi dan kreatif dengan menggunakan teknologi terkini berasaskan pembangunan aplikasi mudah alih dan pemanfaatan data terbuka.


Objektif pelaksanaan CHIPTA adalah merangkumi:

Menyediakan platform untuk pembangunan produk/aplikasi yang inovatif, kreatif dan berkualiti

Membina keupayaan dan budaya mencipta dalam kalangan rakyat

Menggalakkan kerjasama melalui pendekatan Quadruple Helix (Kerajaan, Industri, Ahli Akademik dan Rakyat)

Menggalakkan inovasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam

Kes Bisnes

Untuk menyertai pertandingan setiap peserta perlu membangunkan inovasi sebagai penyelesaian kepada pernyataan masalah yang diberikan mengikut kes bisnes berikut. Setiap kes bisnes adalah berasaskan pada 4 teras strategik Malaysia MADANI.

...
Teras strategik 1: Membina semula ekonomi

Memfokuskan kepada pendekatan human economy menerusi penstrukturan semula ekonomi berasaskan etika dan kemampanan

  1. Pengukuhan ekosistem pemasaran produk tempatan
  2. Peningkatan kompetensi individu untuk menambah baik taraf hidup
  3. Pengurusan sumber yang efisien (elektrik, air dan lain-lain)
...
Teras strategik 2: Menjamin kesejahteraan insan

Memfokuskan kepada prinsip adil dan ihsan. Institusi kemasyarakatan diperkasa untuk menjaga martabat dan maruah keinsanan, normal sosial, hormat-menghormati dan solidariti

  1. Peningkatan pengurusan kesihatan untuk menjamin kesejahteraan insan
  2. Pemerkasaan dan peningkatan pengurusan pendidikan negara untuk kesejahteraan insan
  3. Pemantapan ekosistem industri halal
...
Teras strategik 3: Reformasi institusi demokrasi dan perundangan

Memfokuskan ke arah mengoptimumkan fungsi dan tanggungjawabnya bagi melaksanakan dasar-dasar negara

  1. Pengukuhan tadbir urus berpaksikan rakyat dalam proses pembuatan keputusan
  2. Peningkatan proses perundangan melalui pendigitalan secara end-to-end
  3. Pemantapan pengurusan keselamatan negara
...
Teras strategik 4: Mewujudkan pentadbiran beramanah

Memfokuskan kepada penambahbaikan pentadbiran dan pengurusan menerusi islah dan pembaharuan bagi mewujudkan sistem yang adil dan bermanusiawi

  1. Pemantapan proses penilaian tahap kecekapan yang lebih holistik dan telus
  2. Penambahbaikan pengurusan sumber manusia yang lebih efisien
  3. Peningkatan tahap integriti dan akauntabiliti dalam perkhidmatan kerajaan

Syarat & Kriteria Penyertaan

Setiap peserta perlu mematuhi syarat dan kriteria pertandingan yang telah ditetapkan. Sebarang penipuan atau perlanggaran etika boleh mengakibatkan penyertaan anda dibatalkan.

Kategori & Syarat Penyertaan

Penyertaan melibatkan empat (4) kategori iaitu:

  • Kategori 1 : Sektor Awam

    (Terdiri daripada kakitangan penjawat awam sama ada dari agensi yang sama atau gabungan agensi dan daftar di bawah nama agensi)

  • Kategori 2 : Orang Awam/Industri

    Terdiri daripada mana-mana individu/ pekerja persendirian/ syarikat swasta

  • Kategori 3 : Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

    Terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi yang masih dalam tempoh pengajian dan daftar di bawah nama institusi pengajian tinggi

  • Kategori 4 : Pelajar Sekolah Menengah

    Terdiri daripada pelajar sekolah menengah berumur 13-17 yang masih menuntut dan daftar di bawah nama sekolah

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia secara berkumpulan di mana setiap penglibatan ahli pasukan SEKURANG-KURANGNYA dua (2) orang dan MAKSIMA empat (4) orang sahaja. Setiap peserta hanya boleh menyertai satu (1) pasukan sahaja dan setiap pasukan hanya boleh mewakili satu (1) kategori sahaja.

Syarat Penghasilan Inovasi

Setiap pasukan perlu memilih hanya 1 Kes Bisnes mengikut kepada teras strategik yang telah ditetapkan bagi tujuan penghasilan Inovasi.

Inovasi hendaklah asli dan tidak terikat dengan mana-mana Harta Intelek (Intellectual Property). Panel penilai berhak menarik balik hadiah sekiranya ciptaan bukan asli.

Setiap inovasi mestilah mematuhi syarat berikut:

  • Pembangunan inovasi perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan
  • Penghasilan Aplikasi Mudah Alih.
  • Wajib Menggunakan mana-mana set data terbuka daripada portal Data Terbuka MAMPU. Set data dari sumber lain adalah digalakkan.

Pendaftaran Penyertaan

Pendaftaran penyertaan adalah secara dalam talian melalui portal rasmi CHIPTA di https://chipta.mampu.gov.my bermula pada 12/06/2023 sehingga 23/07/2023. .

Setiap penyertaan wajib mengemukakan tiga dokumen projek seperti berikut:

Pemilihan pasukan ke peringkat akhir adalah berdasarkan kepada dokumen cadangan projek yang telah dikemukakan.

Pembangunan inovasi / Pementoran

Hanya pasukan yang telah berjaya disenarai pendek untuk ke Sesi Penilaian Akhir SAHAJA yang akan mara ke peringkat pembangunan inovasi & bengkel pementoran. Keputusan akan diumumkan melalui portal rasmi CHIPTA pada 01/08/2023 dan disusuli dengan emel pemberitahuan kepada ketua pasukan.

Bagi Kategori Sektor Awam, Orang Awam/Industri dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi, pasukan yang berjaya disenarai pendek perlu membangunkan prototaip aplikasi.

Bagi Kategori Pelajar Sekolah Menengah, hanya perlu menyediakan slaid pembentangan dan mockup aplikasi SAHAJA.

Tempoh Pembangunan Inovasi adalah tiga puluh (30) hari bermula pada 01/08/2023 sehingga 31/08/2023. Finalist WAJIB menghadiri Bengkel Pementoran yang akan diadakan mengikut tarikh yang akan diumumkan.

Penyerahan Projek

Hanya pasukan berjaya ke peringkat akhir perlu membuat penyerahan projek. Serahan projek hendaklah dihantar secara dalam talian melalui portal rasmi CHIPTA bermula dari 10/08/2023 sehingga 31/08/2023. Serahan projek yang perlu dihantar merangkumi :

  • Slide pembentangan laporan projek dan mockup aplikasi

    (format *.pdf/*.ppt/*.pptx/*.zip/*.rar) [Muat turun templat]

  • Fail Aplikasi

    (format *.apk/*.ipa) (bagi Kategori Sektor Awam, Orang Awam/Industri dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi SAHAJA)

  • Templat Set Data

    (format *.csv/*.xlsx/*.xls/*.json/*.zip/*.rar)

Sesi Penilaian Akhir

Sesi Penilaian Akhir akan dijalankan pada 07/09/2023.

Pasukan yang terpilih ke Sesi Penilaian Akhir perlu menghadiri Sesi Final Pitching. Kehadiran guru pembimbing bagi Kategori Pelajar Sekolah Menengah adalah DIWAJIBKAN. (Jadual Pembentangan akan dimaklumkan kemudian)

Keputusan penilaian akhir panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Peluang Kolaborasi

Pemenang berpeluang berkolaborasi dengan penganjur menerusi program promosi / seminar yang dilaksanakan oleh Penganjur sebagai langkah yang kukuh dalam usaha memacu penghasilan aplikasi mudah alih yang mampan dan memberi impak peningkatan ekonomi dan kesejahteraan sosial.

Penganjur berhak mencadangkan inovasi yang dihasilkan oleh peserta untuk digunakan oleh mana-mana agensi Kerajaan yang difikirkan wajar.

Rakan Strategik

Mentor

Pasukan yang berjaya mara ke peringkat akhir boleh menghubungi mana-mana mentor seperti yang disenaraikan untuk mendapatkan bimbingan dan nasihat sepanjang tempoh pembangunan inovasi dan persediaan untuk sesi final pitching

Dr. Poo Kuan Hoong

Lead Data Scientist (BAT) Kepakaran: Data science, machine learning, AI

Hasmiza binti Zahid

Product Manager Kepakaran: UI/UX

Ts. Hariadi bin Hinta

Penolong Pengarah (JPA) Kepakaran: Kejuruteraan Sistem, Hackathon winner

Dr. Fairoza Amira binti Hamzah

Senior AI Engineer, Corpy & Co. Inc., Japan Kepakaran: Artificial Intelligence

Muhammad Adrian Wong

Senior Business Development Manager (Thunder Software Technology (M) Sdn. Bhd.) Kepakaran: Software, Hardware Integration, Machine Learning, WebApp, Mobile Apps

Muhammad Syafiruddin bin Mustafa

Pengarah Pengurusan (Hexa Partners & Technologies) Kepakaran: UI/UX

Mohammad Farizshah bin Ismail Kamil

Pensyarah Kepakaran: Mobile Apps

Alvin Teoh Yee Chong

Manager (MDEC) Kepakaran: Cybersecurity, data analitik

Daren Tan

CEO (ALPHV Technologies Sdn Bhd) Kepakaran: Mobile App, Pitch Deck, Hackathon winner

Fazreen Ferdianshah bin Mohd Fauzi

Chief Executive Officer (Elyzian Interactive PLT) Kepakaran: UI/UX, Mobile App

Ts. Sabri bin Ahmad Hisham

Pengurus Teknologi Maklumat (UMP) Kepakaran: Blockchain, AI, Hackathon winner

SUBJECT MATTER EXPERT (SME)

ADRIAN LEONG TIAM LEE

MAMPU

TS. DR. FAIZURA HANEEM BINTI MOHAMED ALI

MAMPU

MUHAMMAD HADRI BIN BASRI

MAMPU

TS. NUR SHARMINI ALEXANDER

MAMPU

LIM KIEN PING

MOSTI

MD. NAZRULNIZAM MD. ANUAR

MIGHT

DR. AZAH ANIR NORMAN

UNIVERSITI MALAYA

DR. LAM MENG CHUN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TS. HASLINDA RASIP

DROPEE

HARISFAZILLAH JAMEL

SONGKETMAIL SDN. BHD.

WAN AMISHAH BINTI WAN MAHMUD

KOPERASI PROFESION TEKNOLOGI BERHAD

NUR AIDA AYUNI MOHAMAD TAIB

KPJ HEALTH

JURI CHIPTA 2023

HANISSUL JALIS BINTI MD YUSOF

MAMPU

DR. FAIZAL BIN HJ. ZAINUDIN

MAMPU

NIK ZALBIHA BINTI NIK MAT

MAMPU

TS. DR. MOHAMED HAIRUL BIN OTHMAN

MAMPU

TS. SYAHRIMI BINTI HASBULLAH

INTAN

ASSOC. PROF. DR. FATIMAH SIDI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SHAHRIZAN ABD LATIF

PITCHIN

ADELINE CHEE MEI LAN

MDEC

EMI SAZLINA BINTI SUHOT

SKMM

SURAZI BIN MOHD JAIS

FOTIA SOLUTIONS SDN. BHD.

MOHD FAZLI AZRAN BIN ABD MALEK

OWASP MALAYSIA

Hadiah

CHIPTA menawarkan hadiah lumayan berjumlah RM66,000 untuk pemenang tempat ketiga hingga Juara mengikut kategori penyertaan

Kategori Sektor Awam/ Orang Awam & Industri / Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

KETIGA

RM4,000berserta sijil

KEDUA

RM6,000berserta sijil

 
Kategori Pelajar Sekolah Menengah

KETIGA

RM1,000berserta sijil

KEDUA

RM2,000berserta sijil

Arkib CHIPTA

Layari sorotan gambar-gambar daripada program CHIPTA yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun lalu

  • Semua
  • Hasil Inovasi
  • Pemenang
  • Program

App Sharity

Juara Kategori Pelajar Intitusi Pengajian Tinggi

CHIPTA 2020

Majlis Pengumuman Pemenang

Pasukan AppkanTeam

Juara Kategori Orang Awam/Industri

Pasukan KITHA

Ke-3 Kategori Sektor Awam

Promosi

Pasukan TechTapir

Ke-2 Kategori Sektor Awam

CHIPTA 2021

Web

App Perisai

Ke-2 Kategori Orang Awam/Industri

Pasukan TheOtaku

Ke-3 Kategori Orang Awam/Industri

Aplikasi Health Traveler

Juara Kategori Sektor Awam

Pasukan Varsity Quadro

Juara Kategori Pelajar Institusi Tinggi

Pasukan AIA United

Juara Kategori Pelajar Sekolah Menengah

App JomBantu

Ke-2 Kategori Sektor Awam

Soalan Lazim

Bilakah penyertaan akan dibuka?

Pendaftaran penyertaan akan dibuka pada 12 Jun 2023. Ikuti portal rasmi CHIPTA untuk sebarang info terkini.

Siapakah yang boleh menyertai CHIPTA?

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia secara berkumpulan di mana setiap penglibatan ahli kumpulan SEKURANG-KURANGNYA dua (2) orang dan MAKSIMA empat (4) orang sahaja. Setiap peserta hanya boleh menyertai satu (1) kumpulan sahaja dan setiap kumpulan hanya boleh mewakili satu (1) kategori sahaja.


Penyertaan melibatkan empat (4) kategori iaitu:
  • Kategori 1 : Sektor Awam
  • Kategori 2 : Orang Awam/Industri
  • Kategori 3 : Pelajar Institusi Pengajian Tinggi
  • Kategori 4 : Pelajar Sekolah Menengah

Adakah terdapat sebarang yuran penyertaan?

TIADA. Penyertaan adalah secara percuma.

Adakah saya perlu membangunkan inovasi bermula tarikh pendaftaran?

TIDAK. Pembangunan inovasi hanya akan bermula pada tarikh pengumuman finalist CHIPTA dan hanya pasukan yang berjaya disenarai pendek yang perlu memulakan pembangunan inovasi dan bertanding ke peringkat seterusnya.

Adakah peserta perlu berada di lokasi program?

Program CHIPTA dilaksanakan mengikut peringkat kelayakan. Sekiranya pasukan anda terpilih sebagai finalist, anda boleh mula membangunkan inovasi di mana-mana sahaja dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Apakah kaedah penilaian?

Penilaian akan dilaksanakan secara dua peringkat:

  • Penilaian awal: Berdasarkan kepada dokumen cadangan projek yang dihantar sewaktu pendaftaran.
  • Penilaian akhir: Sekiranya pasukan anda terpilih sebagai finalist pasukan anda perlu melalui sesi Final Pitching pada tarikh yang akan dimaklumkan

Bagaimana saya dapat ketahui sama ada pasukan saya terpilih sebagai finalist atau tidak?

Pemakluman keputusan finalist akan dihebahkan melalui portal rasmi CHIPTA dan juga pasukan akan dihubungi melalui e-mel.

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui butiran seperti berikut:

Alamat

Bahagian Pembangunan Aplikasi/ Bahagian Kerajaan Digital,
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Blok B, Bangunan MKN-Embassy Techzone
No 3200 Jalan Teknokrat 2
63000 Cyberjaya, Selangor

E-mel

chipta@mampu.gov.my


Telefon

+603-8892 7494 | +603-8872 5169 | +603-8872 6251

Pertanyaan:


Sedang dihantar...
Mesej anda telah dihantar. Terima kasih